Ada org tanya saya, kenapa saya menulis blog? Saya pun tertanya diri saya, kenapa saya menulis blog?
Antara kemungkinan jawapan saya:
1. Sebab ikut orang. Orang ada blog. Saya pun nak ada blog.
2. Sebab nak perhatian. Bagi orang baca buah fikiran saya. Supaya kewujudan saya di alam maya ini disedari.
3. Sebab saya suka menulis.
4. Nak mencurah perasaan.
5. Mengisi masa lapang.
6. Kepuasan diri sendiri.
Tadi baca tulisan sukun pasal kenapa dia menulis. Dia buat blog sebab marah kat orang. Blog dia tempat dia melepas geram dia pada orang. Saya rasa blog dia jujur dan luahan terus dari hati dia.
Bila saya renung balik, tujuan saya menulis blog ini rasanya untuk meningkatkan kemahiran penulisan saya. Selepas beberapa bulan, saya dapat rasakan idea mengalir dengan lebih baik bila saya menulis. Tetapi saya masih tidak mempunyai bidang yang tertentu dalam penulisan saya. Blog post saya juga tidak mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.
Untuk jadi penulis yang baik, rasanya saya perlu focus pada bidang2 penulisan yang tertentu. Semoga selepas beberapa tahun menulis blog saya menemui bidang saya betul2 diminati. Dan saya menemui motivasi untuk menulis dan mampu mempunyai pembaca setia.
.
.
.
Adios.
----
Sent using a Sony Ericsson mobile phone
266. “We’re in our 30s fighting over $1000. Can we fix this?”
-
Ramit Sethi of I Will Teach You To Be Rich talks to Alexis, 29,
and Edwens, 30, a married couple with a 10-month-old baby and two
completely di...
1 week ago
No comments:
Post a Comment