Tuesday, February 22, 2011

Cinta Metafora Untuk Kita


Marilah bersama pejamkan mata
Menghambat bisikan dunia yang berleluasa
Jemput semula ketenangan biar bertamu
Di minda dan di jiwa

Masihkan kita di paksi yang sama
Paksi bertunjangkan keindahan yang kita kongsi bersama
Atau telah tersasar dihambat dunia
Yang hanya sementara
Tetap indahkah atau telah berubah di mata hati kita

Bukalah matamu
Pautlah tanganku
Marilah bersama
Hayati keindahan
Yang kita ada

Biar selama ini
Kita leka menghambat dunia
Dihambat dunia
Yang menggila
Yang mendamba
Lebih dari upaya kita

Biar seketika
Ambillah masa
Biar kita
Hayati sentiasa
Keindahan yang hanya milik kita
Yang kita tahu destinasinya
Tersemat dihati kita

Abadilah milik kita


Inspired by: Sungai Lui