Tuesday, March 2, 2010

Apa Yer?

Apakah yang bermain di fikiran ku saat ini?
Apa yang ingin aku curahkan di kala ini?
Disaat mata masih segar enggan terlena
Dikala minda seperti tidak mampu berkerja lagi.

Mac adalah bulan yang sentiasa mendatangkan stress setiap tahun. Tekanan perasaan di bulan Mac ditempat kerja selalunya tinggi kerana Mac adalah bulan terakhir dalam tahun kewangan syarikat. Banyak perkara perlu di selesaikan sebelum tahun kewangan berakhir.

Esok aku diberi peluang untuk meninggalkan beban itu buat seketika dan meneroka bahagian-bahagian lain di dalam diri yang mungkin mempunyai potensi untuk dikembangkan. Mungkinkah aku akan berjaya meneroka dan menemui sesuatu yang baru, yang selama ini terpendam, tidak pernah diekploitasikan sebelum ini.

Dan proses itu akan dijalankan sambil ditemani secara ekslusif oleh flora dan fauna serta diiringi muzik semulajadi anugerah alam. Mungkinkah irama air terjun berlagu indah menanti aku di sana? Akan adakah unggas-unggas berkicau menyambut kehadiranku?

Apa sekalipun, apa yang penting, kerjasama.

Note: apa kes amik orang lain punya tagline. mmmm... pernahkah aku mempunyai tagline aku sendiri?

Tak tahu....

No comments: