Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya

Kesempatan di selepas raya ini, aku mengambil peluang untuk memohon ampun dan maaf kepada semua atas segala kesilapan sama ada yang disengajakan ataupun tidak.

Jika ada termakan, terminum atau terambil hak-hak org lain, harap dapat dihalalkan.

Raya tahun ini macam biasa. Syukur kerana terdapat kelapangan untuk mengambil cuti yang agak panjang bagi mengunjungi sanak saudara sebelah sendiri dan juga sebelah mertua.


Yang paling best, rasanya tiada yang lain dapat menandingi peluang mengacau dodol di malam raya bersama adik beradik. Resepi turun temurun, dodol raya yang disukai ramai.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin

No comments: