Tuesday, June 30, 2009

Tips Kesihatan

Owner: http://nurilahi.blogspot.com

Kalau kamu sakit kepala

cuba try minum segelas 100plus campur dengan segelas air minuman biasa, kuantiti 1:1.
Sakit kepala biasanya kerana kandungan electrolytes dalam badan kita tak seimbang.
InshaAllah akan lega lah.

100 plus tu adalah sebagai contoh kepada minuman isotonik. Boleh je air apa-apa asalakan isotonik. Minuman isotonik ni kesannya adalah segera. Sebab bila kita minum, die masuk ke dalam perut tanpa apa-apa proses pencernaan dan terus ke usus kecil untuk diserap ke dalam darah dalam masa 5 minit. Hu, cepat kan? Dan kadar penyerapannya adalah 95%. Cepat dan berkesan.

Untuk diarrhoea, ia tidak sepatutnya diubati dengan ubatan komersial, gunakan 100 plus. Sama ada diminum terus atau dicampur air biasa dalam kuantiti 1:1 dengan frequent dose diberi kepada pesakit.

Untuk muscle cramp, ia disebabkan kekurangan garam atau air. Urut perlahan dengan cream panas, dan bagi minum 100 plus.

100 plus juga bagus untuk demam biasa, dan untuk demam denggi pun doktor akan cadangkan minum 100 plus banyak-banyak.

Jika di luar negara, isotonic drink ini termasuk dalam bekas first-aid mereka. Saya biasa minum 100 plus apabila saya berkerja kuat dengan maksud banyak menggerakkan badan dan berjalan. Saya hanya minum bila rasa sangat penat dan perlukan tenaga segera untuk kekal aktif meneruskan kerja-kerja seterusnya.

Biasanya sebotol kecil sudah lebih dari cukup bagi saya, but there's a time during I-QUEST 08 where I asked a friend to find me a bottle of 100 plus, but end up he gave me one large bottle and I manage to finish it within half an hour. Biasanya setengah jam itu untuk sebotol kecil. Mungkin sebab orang dah bagi botol besar, minum jelah tanpa sedar sebab sedang ralit dengan kerja-kerja.

Pesanan khas:

Jangan amalkan asyik amik panadol setiap kali rasa sakit. Panadol adalah pain killer, makin banyak kita ambil panadol, makin menurun kite punya daya tahan kepada kesakitan.

Sebagai contoh, wanita. Kalau yang muda-muda, dah biasa amalkan ambil panadol, later in life bila nak melahirkan bayi, bius biasa cenderung untuk tidak memberi sebarang kesan sebab badan dah penuh dengan panadol. Bila badan sudah terbiasa dengan pain killer, jadi kamu akan memerlukan bius yang lebih berbanding mereka-mereka yang jarang atau tidak mengambil panadol.

Panadol adalah toxic kepada badan, sekurang-kurang ia akan reside dalam badan selama 5 tahun. Ada je kes-kes di usia 30-an dah mula kena dialisis buah pinggang sebab kerap ambil panadol. Kalau di luar negara mereka memang ada ambil database pesakit yang medical history nye begini.

This is my tips for you, to increase your endurance level towards pain. Ini kesakitan yang membuatkan anda cenderung ambil panadol, paracetamol dan adik beradik die.

Ini berdasarkan pengalaman sendiri, walau bagaimanapun ia bergantung kepada setiap individu.
Bila rasa sakit, cuba untuk bertahan. Terutama sakit-sakit biasa. Macam pening kepala, migrain, menstrual pain dan sebagainya. Jika tidak tahan, berbaring lah dan tidur. Owh petua ini tidak berkesan untuk saya, saya sukar tidur! :D

Jadi biasanya saya akan buat kerja-kerja yang akan alihkan tumpuan saya kepada kesakitan seperti designing, berjalan-jalan, angkat barang, kerja persatuan dsb. Saya akan cuba untuk sibukkan diri.

Owh jika cuba untuk revise pada waktu sebegini, memang langsung tidak menjadi kerana fokus anda telah teralih kepada kesakitan. Jadi buatlah kerja-kerja lain yang kamu rasa patut dan okay, terutama sekali non-academic of course.

Jika mahu lakuan sesuatu kepada kesakitan, cuba gunakan home remedy seperti urutan, hot cream, ice bag dan sebagainya pada tempat sakit. Minum 100 plus untuk sakit yang berkaitan juga boleh seperti yang dinyatakan awal tadi.

Jika kamu berada di tahap sakit sangat-sangat sakit, bolehlah ambil ubatan yang di bawah kategori NSAID (non steroidal anti inflammatory drug). Contoh macam sakit gigi, menstrual pain, joint pain dan sebagainya. Antara contoh NSAID adalah synflex dan arcoxia.

Boleh ambil ubat di farmasi sahaja atau dengan preskripsi doktor. Sesetengah farmasi yang well known seperti Watson dan Guardian, mereka agak restrict pada pemberian ubat ini dan memerlukan preskripsi dari doktor. Jika di farmasi biasa mereka biasanya akan bagi sahaja jika kita minta ubat-ubatan ini.

Perlu diingatkan, lebih baik jika kamu mendapatkan konsultasi daripada ahli farmasi di farmasi tersebut atau padangan doktor sendiri melainkan jika kamu memang sudah biasa dengan jenis-jenis ubat. NSAID bukan untuk diambil sesuka hati, tetapi HANYA apabila terlampau sakit sahaja dan biasanya HANYA sebiji sehari untuk beberapa hari cuma. Pengambilan ubat over the counter ini sepatutnya perlu handle with care untuk mengelakkan salah guna atau overdose.

Untuk migraine, rasanya ini paling common dalam masyarakat. Migraine setakat ini yang saya jumpa, cafergot dapat membantu. Ia agak unik, kerana fungsinya adalah mengelakkan sakit kepala dan bukan mengubati sakit kepala yang sedia ada. Jadi ia dimakan tika terasa seperti hendak sakit kepala. Jika sudah migraine teruk dan baru hendak ambil cafergot, harap maaf lah jawapannya.

Saya tidak cadangkan kamu ambil cafergot, tapi saya pinta kamu minta konsultasi doktor, ubat apa yang sesuai untuk migraine kamu. Penerangan di atas sekadar untuk kamu faham bagaimana biasanya ubat migraine berfungsi. Kerana ramai yang berfikir ubat migraine tidak berkesan, sedangkan mereka ambil ubat itu tika sakit sudah kuat. Ramai doktor yang tidak berpesan kepada pesakit tentang pengambilan ubat yang betul bagi sesetengah ubat. Dan ramai juga pesakit yang teringatkan ubat ini hanya apabila kesakitan sudah tahap teruk.

Untuk diri saya sendiri, saya lebih memilih untuk bertahan dengan kesakitan daripada mengambil ubat. Jadi semakin hari daya tahan diri saya pada kesakitan semakin meningkat. Jika saya sakit kepala atau migraine, saya rasa ia perkara biasa. Seperti sudah immune. Saya masih boleh teruskan aktiviti harian.

Mungkin kerana itu, 2-3 jam selepas prosedur mengambil air tulang belakang (lumbar puncture) sebelum ini, saya sudah minta untuk keluar ward dan malamnya saya terus boleh hadiri majlis. Mungkin kerana itu juga saya tidak minta ubat tahan sakit selepas surgery. Mungkin kerana itu saya masih boleh teruskan pelbagai aktiviti lain ketika sakit kuat, kecuali untuk ulangkaji pelajaran, ia agak terganggu. Boleh je, tapi hanya sekadarnya itupun selepas pemaksaan diri dan kekejaman tahap tinggi.

Pesanan penaja untuk hari ini, hargai hidup anda, fikir dulu sebelum kerap amalkan pengambilan panadol/paracetamol yang sangat familiar dengan kehidupan seharian kita itu. Cuba untuk bertahan, lama-kelamaan akan jadi 'alah bisa tegal biasa'. Malaysia boleh!


Cekgu yang memberi pengesahan:
1. Ganong, WF Review of Medical Physiology, 13th ed. Norwalk, CT Appleton & Lange, 1987.
2. Journal of Pharmaceutical Sciences
3. www.myhealth.gov.my
4. banyak banyak lagi tak larat nak state :D

amaran: Entry ini lebih merujuk kepada golongan remaja dan young adult. Ia hanyalah pandangan daripada pengalaman sendiri dan pembacaan lebih 6 tahun. Bukan sebagai seorang yang ahli dalam bidang ini. Sila dapatkan pengesahan pakar-pakar tentang entri ini :)

update:
Ada sesetengah orang allergy kepada paracetamol/panadol, NSAID dan aspirin. Ini sikit sekadar apa yang saya tahu. Tak silap saya, allergy jenis ini hanya akan tahu bila mereka consume ubatan ni. Sebab itu sesetengah parents yang mengetahui, tidak akan langsung benarkan anak mereka mengambil ubatan ini. Jadi, untuk mengelakkan shock or further adverse reaction, rawatan segera haruslah diberikan apabila munculnya tanda-tanda allergy seperti kemerahan pada kulit, gatal-gatal pada mata hidung tekak, conjunctivitis etc2.

--
Don da Pantaier's

1 comment:

As said...

Salam Don, thanks for sharing..of coz I dun mind. Sharing is caring. Thanks

Macam mana leh came across this article ye? :)