Diri Terpinggir Sewaktu Kurang Bermaya
Fikiran terasa buntu sewaktu dilanda selesema
Terasa diri tidak mampu berada di bumi nyata
Terawangan diantara dua dunia berbeza
Dunia nyata dan alam maya
Diri terus dihimpit dengan bebanan kerja yang menuntut kesabaran
Ketabahan yang semakin menipis
Entahkan sesaat jauhnya dari putus asa
Dan menyerah kepada tuntutan fizikal
Untuk mengambil cuti sakit dan berehat sahaja
Wahai mindaku
Kuatkanlah semangatmu
Pimpinlah diriku
Mengharungi perit hari ini
Jangan dipinggirkan diri ini
Sudahkan tanggungjawab kita
Agar lena tidur kita
Dimalam nanti.
1. Saya telah diserang selesema sejak semalam. Pertahanan badan saya
dari dijangkiti selesema ini telah runtuh ekoran meredah hujan lebat
dari stesen LRT ke rumah pada hari sebelumnya. Ahli keluarga saya
yang lain telah dilanda selesema sejak minggu lepas lagi.
2. Saya bercadang untuk mengambil cuti sakit hari ini dan berehat di
rumah untuk kelegaan yang lebih cepat. Disebabkan saya telah
mengalami sedikit salah faham (minor disagreement) dengan
receptionist di klinik pagi tadi, saya telah membatalkan hasrat
untuk berjumpa doktor. Bila sampai ke pejabat, kesan penghawa dingin
menjadikan selesema ini menjadi semakin teruk dan kepala menjadi
berat.
3. Fikiran menjadi bercelaru dan tidak dapat berfikir serta bekerja
dengan baik. Disebabkan tuntutan kerja yang memerlukan perhatian
segera, serta ketiadaan rakan sekerja yang mungkin dapat membantu,
saya telah tersangkut di pejabat. Rakan sekerja saya hanya akan
kembali ke pejabat minggu hadapan kerana beliau sedang bercuti sakit
ekoran dari pembedahan kecil yang dilakukan kerana sakit belakang.
4. Saya merasakan semua pelanggan memberi tindakbalas yang amat
lambat pada hari ini. Setiap e-mail dan panggilan telefon masih
belum berbalas. Dan saya hanya menunggu. Terus menunggu, Saya
merancang untuk menelefon pihak-pihak yang berkaitan tersebut
selepas waktu makan tengah hari. Saya berharap agar semua tugasan
yang tergantung ini dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Nota Kaki: Komen dari seorang rakan baik semalam amat tepat. Terasa
amat sukar untuk menulis dalam bahasa melayu yang betul dan lengkap
seperti ini. Perlukah saya sekadar menulis seperti percakapan
seharian atau terus mendukung bahasa melayu yang sukar ini sehingga
ia menjadi mudah? Kebiasaan akan memudahkan. Alah Biasa Tegal Biasa.
--
Don da Pantaier's
Episode 225. “We’re losing $5k/mo. Where is it all going?”
-
Lashan (50) and David (49) have been married for nearly two decades,
raising three children and building stable government careers. But when
health compl...
5 days ago
No comments:
Post a Comment