And of course its in Malay.
.
Hujan lebat menyiram bumi,
Membasuh noda dunia penuh pancaroba,
Memerangkap ribuan manusia,
Mengejar sesuatu di celah-celah kesesakan hambatan hidup di kota,
Entah kan bermakna.
Hujan,
Mengiringi perjalanan aku,
Melayan perasaan di dalam duniaku,
Hanya aku dan diriku.
Kuhitung curahan kasihku pada dunia,
Adakah memcurah-curah bak hujan ini,
Atau ketandusan bak gurun sahara di musim kemarau panjang,
Masih mampukah pohon cintaku ini bertahan,
Atau tetap kukuh melawan,
Biar dahaga, biar tandus, biar tak berbaja dengan belayan, biar tidak disirami kemesraan.
Andai akar pohon cinta ini,
Menjalar jauh ke pusat bumi,
Menyedut air dari punca kekal,
Sokongan menunjangi ujian,
Ribut taufan hebat menggoda,
Melambai nafsu dunia.
Aku hanya mampu berdoa,
Agar hubungan ini,
Sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNya,
Dan aku selalu ingatkan diriku,
Agar terus memberi,
Meneruskan curahan kasih ini,
Terus membelai pohon cinta ini,
Membaja dan menjaga,
Semampu kudrat kecilku.
Kerana aku tahu,
Pohon cintaku inilah,
Secebis kasih inilah,
Yang menjadi teduhan rinduku,
Mengilhamkan bahagiaku,
Memberi makna kepada hidupku.
Sesungguhnya, wahai cintaku, aduhai kasihku,
Aku sentiasa bahagia.
.
.
.
Any comment my reader? Hehehe.
----
Sent using a Sony Ericsson mobile phone
Episode 225. “We’re losing $5k/mo. Where is it all going?”
-
Lashan (50) and David (49) have been married for nearly two decades,
raising three children and building stable government careers. But when
health compl...
5 days ago
3 comments:
Ada bakat tulis puisi ya!
Encik Don, sangat komplicated puisi ni yer... dalam maksud... boleh ceritakan?
elaboration?
ia mengisahkan seorang mamat yang tengah boring melayan perasaan ketika hujan.
mengenang bakti yang dicurahkan kepada orang orang yang disayangi nya.
menghitung, cukup ke tak ek?
atau serba kekurangan?
sambol itu terkenang jugak hubungan cintanya?
masih teguhkan cinta itu?
masih hangat?
atau sedang layu?
biar cinta itu nampak layu, tertanya jugak, kukuh kah cinta itu?
mampu ke bertahan?
atau tunggu masa untuk hancur?
dia juga berdoa semoga dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk bertahan... mempertahankan hubungan yang dibina dengan air mata, usaha dan tenaga, serta wang ringgit berjuta...
kerna hanya itu yang dia ada...
okay ke explanation tu wahai cik love and hate?
hhehehehe
Post a Comment